Sejak dilancarkan pada tahun 2006, E-Laporan ini telah melalui beberapa versi pembaharuan dan penambahbaikan dari banyak sudut terutama dari segi pengisian dan persembahan. Ia tidak lain adalah bertujuan untuk sama ada memudahkan para guru di sekolah untuk mengisi mahupun pegawai di PPD dan JPN untuk memantau dan menganalisa seterusnya menghantar ke pihak BPI selaku pihak berwajib yang bertanggungjawab melapor secara keseluruhan data pencapaian j-QAF ke peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2011, sekali lagi ia mengalami perubahan pesat terutama data untuk murid-murid tahun enam. Ia dapat dilihat dengan sedikit penambahbaikan antaranya ruangan Profil (bagi Khatam), KPI j-QAF, pengisian no. surat beranak atau kad pengenalan dan yang paling canggih sistem ini turut menyediakan sijil pencapaian khusus bagi mereka. Semua pencapaian mereka secara individu dalam model-model j-QAF dapat dilihat secara automatik.
Menyedari hakikat ini, pihak kami menyediakan perkhidmatan membekal sijil untuk sekolah-sekolah yang berminat. Sila ke ruangan paling bawah blog ini untuk melihat panduan untuk tujuan tempahan.
Antara keistimewaan sijil ini :
1. Boleh ditempah secara on-line (Tunai atau LO).
2. Kertas sijil berkualiti.
3. Turut dicetak "Keterangan Sijil" di bahagian belakang sijil.
4. Standard.
5. Tak perlu pening-pening untuk mendapatkannya di kedai lain.
6. Penghantaran terus ke sekolah.
7. Tempah dan tunggu saja.
Hadapan
Belakang